INFO DAN ULASAN SUKAN

INFO DAN ULASAN SUKAN TEMPATAN DAN JUGA LUAR NEGARA. UPDATE KEPUTUSAN DAN ULASAN ISU-ISU SEMASA SUKAN MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

Friday, January 28, 2011

TENIS: GRAND SLAM AUSTRALIA OPEN

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Novak Djokovic (SER)    7  7  6
Roger Federer (SWI)     6  5  4

Andy Murray (BRI)    4  7  6  7
David Ferrer (SPA)   6  6  1  6

Caroline Wozniacki (DEN)   6  5  3
Li Na (CHI)                           3  7  6

Kim Clijsters (BEL)           6  6
Vera Zvonareva (RUS)     3  3


Jadual Perlawann Akhir

Kim Clijsters (BEL) vs Li Na (CHI)                                    * Sabtu 29/1

Novak Djokovic (SER) vs Andy Murray (BRI)                   * Ahad  30/1

Ulasan PSA:

PSA hampa setelah calon feveret PSA, Nadal tewas di Suku Akhir kpd David Ferrer akbt kecederaan. Tp PSA tabik dgn smgt kesukanan Nadal yg tidak pernah manrik diri walaupun kecederaan. Nadal akn berjuang smpai ke set terakhir. Dlm bhgian wanita, Li Na mmbuat kjutan dgn menumbangkan pemain no 1 dunia utk mnjd pemain China prtama ke final grand slam. So, utk prlwnn final esok dan lusa, PSA memilih Djokovic dan Kim Clijsters brdsrkn prestasi sms mrk brdua.

Note: Agak hampa jgk apabila Federer tewas straight set kpd Djokovic

BADMINTON: SUPER PREMIER TERBUKA KOREA 2011

KEPUTUSAN SUKU AKHIR (Malaysia Shj)

Lee Chong Wei (MAS)     21  21
Wang Zhengming (CHN)  14  19

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (MAS)     21  12  21
Mohd Fairuzizuan / Ong Soon Hock (MAS)  17  21  16

Lain2 keputusan Suku Akhir SILA KLIK DISINI

Jadual Separuh Akhir (Malaysia Shj)

Lee Chong Wei (MAS) vs Du Pengyu (CHN) 
KKK/TBH (MAS) vs Jung Jae Sung / Lee Yong Dae (KOR)

*Semua perlawanan akan bermula pada pukul 12.00 tghri waktu Malaysia

Lain2 jadual perlawanan Separuh Akhir esok SILA KLIK DISINI

Ulasan PSA:

Sblm itu PSA memohon maaf krn bercuti lbh krg smggu so skrng br dpt update laporan. Kejohanan Badminton Super Premier diwujudkn brmula pd thun ini dan 5 kejohanan tlh dipilih iaitu Terbuka Korea, China, Indonesia, Denmark dan All England. Beza Super Premier ini berbanding Super Series biasa ialah jumlah wang yg ditawarkan lbh lumayan dan dianggap kejohanan plng elit spt Grand Slam dalam sukan tenis.Berbalik kpr prsmbhn pemain2 Malaysia, trdpt sdikit peningkatan berbanding Terbuka Malaysia mggu lps di mana KKK/TBH brjya mengiringi Chong Wei ke separuh akhir. Selain itu penguasaan pemain2 China jg agak berkurangan tp msh ad lbh separuh pemain2 China yg akn beraksi esok. Pemain2 Malaysia yg lain msh tdk mampu utk bergerak lbh jauh stlh kcundang di peringkat awl.

Note: Nmpknya Jepun, Korea, Denmark dan Indonesia tlh mmpunyai pemain2 pelapis yg agak mantap sdgkn Malaysia msh menghrpkan pemain2 yg sm. Kejutan jgk buat Porntip (Thailand) yg mampu mara ke Separuh Akhir esok.

Friday, January 21, 2011

BADMINTON: SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Perseorangan Lelaki (Malaysia shj)

Lee Chong Wei (Malaysia)         21  21
Nguyen Tien Minh (Vietnam)      15  16

Beregu Lelaki (Malaysia shj)

Naoki Kawamae / Shoji Sato (Jepun)                            21  21
Mohd Zakri Ab Latif / Hoon Thien How (Malaysia)          15  19

Ulasan PSA:

Nampaknya hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei membawa cabaran Malaysia setelah beregu tunggal negara tewas kepada pasangan Jepun. Untuk pusingan separuh akhir esok, Datuk Lee Chong Wei dijadualkan menentang Chen Long (China) setelah Lin Dan yang digembar-gemburkan akan menanti Chong Wei telah "menarik diri" pada perlawanan suku akhir menentang Chen Long. Pada pendapat PSA, Lin Dan telah beberapa kali melakukan perkara tersebut dan ianya "sengaja" untuk memberi kelebihan kepada rakan sepelatih untuk berdepan lawan seterusnya berbekalkan extra energy. Ataupun adakah Lin Dan kurang yakin untuk berhadapan dengan Chong Wei? Memandangkan rekod pertemuan Lin Dan menentang Chong Wei di bumi Malaysia agak buruk.

Bagaimanapun China sudahpun mengesahkan kejuaraan dalam acara Perseorangan Wanita dan Beregu Wanita setelah keempat-empat wakil untuk acara separuh akhir esok didominasi oleh negara Tembok Besar itu.

Latest Tenis Australia Open: Williams akhirnya tewas kepada Petkovic (Jerman)

Note: Seperti dijangka hanya Chong Wei yang boleh dibanggakan tatkala pemain-pemain Malaysia yang lain masih lagi terkial-kial.

BADMINTON: SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA

KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA

Perseorangan Lelaki

Lee Chong Wei (Malaysia)   21  21                           Lin Dan (China)                        21  21
Hu Yun (Hong Kong)            6     9                           Lee Hyun Il (Korea)                  15   8

Simon Santoso (Indonesia)   21  18   21                    Alamsyah Yunus (Indonesia)     20  21  21
Chen Jin (China)                  12   21  10                     Boonsak Ponsana (Thailand)    22  10  18

Kenichi Tago (Jepun)           14  21   21                     Nguyen Tien Minh (Vietnam)    21  21
Dicky Palyama (Belanda)     21   6   15                      Yamada Kazushi (Jepun)        18  18

Taufik Hidayat (Indonesia)   21  21                             Cheng Long (China)                 21  21
Shon Wan Ho (Korea)        13  11                              Marc Zwiebler (Jerman)           12   4

Beregu Lelaki (Malaysia Shj)

Mohd Zakry Abd Latif / Hoon Thien How (Malaysia)     21  21
Hendri Kurniawan / Chayut Triyachart (Singapura)       16  15

Chai Biao / Guo Zhendong (China)                                 21  21
Mohd Fairuzizuan / Ong Soon Hock (Malaysia)              11  20

Perseorangan Wanita (Malaysia Shj)

Wang Xin (China)                             21  17  21
Wong Mew Choo (Malaysia)             16  21  9


Beregu Wanita (Malaysia Shj)

Cheng Shu / Ma Jin (China)                   21  21
Lim Yin Loo / Vivian Hoo (Malaysia)       17  12

Shinta Mulia Sari / Yao Lei (Singapura)      21  21
Ng Marylen / Wong Khe Wei (Malaysia)    17  15


Ulasan PSA:

Nampaknya harapan Malaysia hanya tinggal kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh manakala beregu lelaki Mohd Zakry / Hoon Thien How akan menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae / Shoji Sato pada pusingan suku akhir hari ini. Jika dilihat pada prestasi pemain-pemain Malaysia yang lain, PSA boleh katakan ianya agak mengecewakan terutamanya kekalahan mengejut "Pasangan Emas", KKK/TBH kepada pasangan kurang ternama dari China. Kekalahan Hafiz pula memang sudah dijangka memandangkan beliau masih lagi tercari-cari rentak.Manakala Mew Choo walaupun kalah, PSA tabik beliau kerana berjaya menampilkan persembahan yang sangat memuaskan. Lagipun Mew Choo kalah kepada pemain pilihan pertama dari China, Wang Xin dalam permainan tiga set. Pada pusingan pertama, Mew Choo berjaya mengejutkan Lu Lan (China). Buat pengetahuan semua, Mew Choo baru pulih dari kecederaan dan semoga tahun ini akan ada kejutan dari Mew Choo sebagaimana beliau menjuarai Terbuka China pada tahun 2007.

Melihat kepada pemain-pemain negara lain, PSA sangat kagum dengan bakat-bakat muda seperti Kenichi Tago, Simon Santoso, Alamsyah Yunus dan beberapa pemain muda dari China sedangkan kita masih berada di takuk lama. Harap BAM dapat melakukan sesuatu supaya kita tidak terlalu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei dan KKK/TBH. Perlu diingat, Piala Thomas,Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan lain-lain kejohanan penting bakal menyusul. Jika kita tiada pemain-pemain pelapis yang berkualiti, tidak mustahil satu hari nanti nama Malaysia dalam arena badminton semakin dilupakan dan tidak lagi digeruni.

Note: Dimana Misbun Ramdan, Mohd Zulfadhli, Mohd Syawal dan Iskandar Zulkarnain ? Harap diorang pun diberi peluang untuk merasai pentas Super Series.

TENIS: AUSTRALIA OPEN (GRAND SLAM)

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA

PSA hanya akan memberikan keputusan dan ulasan untuk pemain-pemain pilihan serta pemain favourite PSA sahaja yer.

Roger Federer (Switzerland)  6  6  6
X Malisse (Belgium)                3  3  1

Novak Djokovic (Serbia)  6  6  0
Troicki (Serbia)                2  4  0 (Troicki menarik diri)

Svetlana Kuznetsova (Russia)  6  7
Justine Henin (Belgium)           4  6

Dalam bahagian lelaki PSA menyokong Nadal, Federer, Murray dan Djokovic.Tapi masih terlalu awal untuk PSA meramal siapakah yang akan mara ke final.

Dalam bahagian wanita pulak salah sorang feveret PSA, Justine Henin telah dikalahkan oleh Kuznetsova.Tapi PSA masih ada Williams. Yang len PSA tak minat sangat.

Note: Nantikan update keputusan setiap hari

Salam Pengenalan

Blog ini diwujudkan oleh Pengulas Sukan Amatur (PSA) untuk memberi ulasan tentang berita-berita sukan tempatan dan juga antarabangsa. Segala pendapat dan ulasan tentang sukan adalah pendapat PSA semata-mata. Semoga peminat-peminat sukan seluruh dunia terutamanya peminat sukan tempatan mendapat manfaat dari blog ini.Sekian terima kasih.