KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA
Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) 21 21 Lin Dan (China) 21 21
Hu Yun (Hong Kong) 6 9 Lee Hyun Il (Korea) 15 8
Simon Santoso (Indonesia) 21 18 21 Alamsyah Yunus (Indonesia) 20 21 21
Chen Jin (China) 12 21 10 Boonsak Ponsana (Thailand) 22 10 18
Kenichi Tago (Jepun) 14 21 21 Nguyen Tien Minh (Vietnam) 21 21
Dicky Palyama (Belanda) 21 6 15 Yamada Kazushi (Jepun) 18 18
Taufik Hidayat (Indonesia) 21 21 Cheng Long (China) 21 21
Shon Wan Ho (Korea) 13 11 Marc Zwiebler (Jerman) 12 4
Beregu Lelaki (Malaysia Shj)
Mohd Zakry Abd Latif / Hoon Thien How (Malaysia) 21 21
Hendri Kurniawan / Chayut Triyachart (Singapura) 16 15
Chai Biao / Guo Zhendong (China) 21 21
Mohd Fairuzizuan / Ong Soon Hock (Malaysia) 11 20
Perseorangan Wanita (Malaysia Shj)
Wang Xin (China) 21 17 21
Wong Mew Choo (Malaysia) 16 21 9
Beregu Wanita (Malaysia Shj)
Cheng Shu / Ma Jin (China) 21 21
Lim Yin Loo / Vivian Hoo (Malaysia) 17 12
Shinta Mulia Sari / Yao Lei (Singapura) 21 21
Ng Marylen / Wong Khe Wei (Malaysia) 17 15
Ulasan PSA:
Nampaknya harapan Malaysia hanya tinggal kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan menentang pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh manakala beregu lelaki Mohd Zakry / Hoon Thien How akan menentang pasangan Jepun, Naoki Kawamae / Shoji Sato pada pusingan suku akhir hari ini. Jika dilihat pada prestasi pemain-pemain Malaysia yang lain, PSA boleh katakan ianya agak mengecewakan terutamanya kekalahan mengejut "Pasangan Emas", KKK/TBH kepada pasangan kurang ternama dari China. Kekalahan Hafiz pula memang sudah dijangka memandangkan beliau masih lagi tercari-cari rentak.Manakala Mew Choo walaupun kalah, PSA tabik beliau kerana berjaya menampilkan persembahan yang sangat memuaskan. Lagipun Mew Choo kalah kepada pemain pilihan pertama dari China, Wang Xin dalam permainan tiga set. Pada pusingan pertama, Mew Choo berjaya mengejutkan Lu Lan (China). Buat pengetahuan semua, Mew Choo baru pulih dari kecederaan dan semoga tahun ini akan ada kejutan dari Mew Choo sebagaimana beliau menjuarai Terbuka China pada tahun 2007.
Melihat kepada pemain-pemain negara lain, PSA sangat kagum dengan bakat-bakat muda seperti Kenichi Tago, Simon Santoso, Alamsyah Yunus dan beberapa pemain muda dari China sedangkan kita masih berada di takuk lama. Harap BAM dapat melakukan sesuatu supaya kita tidak terlalu bergantung kepada Datuk Lee Chong Wei dan KKK/TBH. Perlu diingat, Piala Thomas,Kejohanan Dunia, Sukan Olimpik dan lain-lain kejohanan penting bakal menyusul. Jika kita tiada pemain-pemain pelapis yang berkualiti, tidak mustahil satu hari nanti nama Malaysia dalam arena badminton semakin dilupakan dan tidak lagi digeruni.
Note: Dimana Misbun Ramdan, Mohd Zulfadhli, Mohd Syawal dan Iskandar Zulkarnain ? Harap diorang pun diberi peluang untuk merasai pentas Super Series.
No comments:
Post a Comment