INFO DAN ULASAN SUKAN

INFO DAN ULASAN SUKAN TEMPATAN DAN JUGA LUAR NEGARA. UPDATE KEPUTUSAN DAN ULASAN ISU-ISU SEMASA SUKAN MALAYSIA DAN ANTARABANGSA

Friday, January 21, 2011

BADMINTON: SUPER SERIES TERBUKA MALAYSIA

KEPUTUSAN SUKU AKHIR

Perseorangan Lelaki (Malaysia shj)

Lee Chong Wei (Malaysia)         21  21
Nguyen Tien Minh (Vietnam)      15  16

Beregu Lelaki (Malaysia shj)

Naoki Kawamae / Shoji Sato (Jepun)                            21  21
Mohd Zakri Ab Latif / Hoon Thien How (Malaysia)          15  19

Ulasan PSA:

Nampaknya hanya tinggal Datuk Lee Chong Wei membawa cabaran Malaysia setelah beregu tunggal negara tewas kepada pasangan Jepun. Untuk pusingan separuh akhir esok, Datuk Lee Chong Wei dijadualkan menentang Chen Long (China) setelah Lin Dan yang digembar-gemburkan akan menanti Chong Wei telah "menarik diri" pada perlawanan suku akhir menentang Chen Long. Pada pendapat PSA, Lin Dan telah beberapa kali melakukan perkara tersebut dan ianya "sengaja" untuk memberi kelebihan kepada rakan sepelatih untuk berdepan lawan seterusnya berbekalkan extra energy. Ataupun adakah Lin Dan kurang yakin untuk berhadapan dengan Chong Wei? Memandangkan rekod pertemuan Lin Dan menentang Chong Wei di bumi Malaysia agak buruk.

Bagaimanapun China sudahpun mengesahkan kejuaraan dalam acara Perseorangan Wanita dan Beregu Wanita setelah keempat-empat wakil untuk acara separuh akhir esok didominasi oleh negara Tembok Besar itu.

Latest Tenis Australia Open: Williams akhirnya tewas kepada Petkovic (Jerman)

Note: Seperti dijangka hanya Chong Wei yang boleh dibanggakan tatkala pemain-pemain Malaysia yang lain masih lagi terkial-kial.

No comments:

Post a Comment